Dakwa konspirasi musnah hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara

Dakwa konspirasi musnah hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: "Apa yang dilakukan kerajaan Malaysia dengan mengekstradisi seorang rakyat Korea Utara yang menetap di negara ini ke Amerika Syarikat (AS) tidak boleh dimaafkan," kata Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu Song. Beliau mendakwa insiden itu adalah konspirasi anti Korea Utara yang diwujudkan oleh AS untuk menindas rakyatnya. Beliau turut menuduh kerajaan Malaysia secara membuta tuli menyerahkan seorang rakyat Korea Utara yang tidak bersalah kepada AS yang dianggap musuh oleh negaranya. "Tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia membuktikan negara ini mempunyai kaitan dengan gerakan anti Korea Utara yang digerakkan oleh AS di mana menjatuhkan kedaulatan dan hak negara Korea Utara. "Ini memusnahkan hubungan dua hala antara Korea Utara dan Malaysia yang dibina berasaskan kehormatan dan kedaulatan," katanya ketika ditemui pemberita sebelum beredar meninggalkan premis Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai, Damansara, di sini, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Hubungan diplomatik, Konspirasi, Undang-undang, Hubungan antarabangsa
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 29 Jun 2021 18:17
Last Modified: 29 Jun 2021 18:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item