KEDA komited bangunkan masyarakat luar bandar

KEDA komited bangunkan masyarakat luar bandar. [Newspaper] (2021)



Abstract

Alor Setar: Aspirasi membangunkan masyarakat luar bandar akan terus menjadi hala tuju Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sempena menyambut 40 tahun penubuhannya pada 28 Mei lalu. KEDA yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta 249, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) 1981. Agensi ini bertanggungjawab memajukan pembangunan ekonomi dan sosial serta menumpukan pembangunan infrastruktur termasuk pertanian dan perindustrian bagi memastikan jurang kemiskinan dikurangkan selain mewujudkan keseimbangan antara kawasan bandar dan luar bandar dalam wilayah KEDA. Kawasan operasi KEDA merangkumi 90 peratus keluasan keseluruhan Negeri Kedah iaitu bersamaan 8,564 kilometer persegi atau secara khususnya KEDA melaksanakan tanggungjawab operasinya di seluruh negeri Kedah kecuali kawasan di bawah pentadbiran MADA. Penubuhan KEDA satu strategi pembangunan yang pada awalnya untuk mengimbangi pembangunan antara kawasan MADA dan luar kawasan MADA.

Item Type: Newspaper
Keywords: Luar bandar, Pembangunan Komuniti, Kerajaan Tempatan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2021 20:09
Last Modified: 06 Jul 2021 20:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item