Perniagaan tidak boleh bertahan jika PKP penuh: Eurocham Malaysia

Perniagaan tidak boleh bertahan jika PKP penuh: Eurocham Malaysia. [Newspaper] (2021)



Abstract

SHAH ALAM - Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) meminta kerajaan Malaysia agar tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya memandangkan masih banyak perniagaan yang baharu pulih daripada PKP yang pertama. Pengerusinya, Oliver Roche berkata, meskipun menyokong pelaksanaan PKP secara penuh, namun pihaknya berpendapat pelaksanaan tersebut mungkin menghalang pemulihan ekonomi Malaysia dan mempengaruhi kelestarian sosial. Menurut beliau, ketika ini banyak perniagaan sedang menyusun semula strategi dan pulih daripada kesan PKP pada tahun lalu di mana banyak cabaran dihadapi mereka terutamanya melibatkan kewangan yang besar, cabaran logistik dan gangguan rantaian bekalan. “Banyak perniagaan termasuk komuniti perniagaan Eropah di Malaysia telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan serta mengambil langkah-langkah yang lebih ketat untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja walaupun mengalami kerugian.

Item Type: Newspaper
Keywords: Komuniti perniagaan, Sektor pembuatan, Economic Growth, Profit & Loss, Liabilities
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Jul 2021 03:26
Last Modified: 07 Jul 2021 03:26
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item