Facebook ATM, TUDM ‘diserang’ warganet. [Newspaper] (2021)
Abstract
PUTRAJAYA: Laman sosial Facebook Angkatan Tentera Malaysia (ATM) teruk ‘diserang’ warganet yang berang isu pesawat perisik Israel berjaya menceroboh negara ini minggu lalu. Tidak ketinggalan laman sosial Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang juga menjadi sasaran kemarahan ramai netizen tempatan atas pencerobohan paling tidak diduga tersebut. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sejak semalam, kedua-dua akaun sosial rasmi ATM dan TUDM habis dikutuk warganet yang kecewa dengan kelemahan yang dianggap cukup memalukan itu. Malah, mereka menjadikan setiap hantaran status di laman media sosial ATM dan TUDM termasuk ucapan Hari Wesak sebagai wadah melepaskan geram dengan puluhan komen bernada kesal berhubung insiden berkenaan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Warganet, Laman sosial, Social Media platform, Facebook |
Taxonomy: | By Subject > Communication & Media Studies > Strategic Communication > New Media Communication |
Local Content Hub: | Subjects > Communication & Media Studies |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 07 Jul 2021 03:43 |
Last Modified: | 07 Jul 2021 03:43 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |