Malaysia sokong usaha realisasi agenda pembangunan lestari 2030. [Newspaper] (2020)
Abstract
KUALA LUMPUR: Malaysia akan meneruskan usaha menyokong segala tindakan diambil dalam merealisasikan Agenda Pembangunan Lestari 2030, seiring dengan perancangan pembangunan negara yang sentiasa bergerak ke arah kelestarian alam sekitar dan kehidupan rakyat. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata aspek terbabit turut terkandung dalam rancangan pembangunan nasional setiap lima tahun. Menurut beliau, ia juga adalah sebahagian daripada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, yang disasarkan untuk membangunkan secara adil dan saksama semua pembangunan ekonomi di semua peringkat menjelang 2030. "Sejak Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac, kami mendapati bacaan kualiti udara meningkat dua kali ganda, dari 28 peratus kepada 57 peratus. Kebimbangan kami adalah ia hanya bersifat sementara kerana pengeluaran karbon global mungkin kembali meningkat, jika kita terus bertindak seperti biasa, khususnya dalam menggerakkan semula ekonomi. "Pandemik ini seharusnya membawa titik perubahan untuk semua, kerana adalah amat penting bagi seluruh komuniti antarabangsa menghormati keupayaan bumi serta menghargai sumber alam yang ada," katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Pembangunan lestari, Pembanguna nasional, Kelestarian alam sekitar, Kesihatan awam |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 07 Jul 2021 03:57 |
Last Modified: | 07 Jul 2021 03:57 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |