Prestasi Media Prima diunjur semakin kukuh. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Prestasi kewangan Media Prima Bhd dijangka bertambah baik pada 2021 berdasarkan kepada beberapa strategi kumpulan untuk memastikan ia terus kukuh menjadi peneraju utama media di Malaysia. Penganalisis Kenanga Research, Pritika Modhgil, berkata pendapatan Media Prima diunjurkan meningkat sebanyak sembilan peratus dan 10 peratus masing-masing bagi tahun kewangan 2021 dan 2022. Beliau berkata, unjuran itu adalah berdasarkan kepada jangkaan penjualan iklan yang lebih tinggi, pengedaran kandungan yang lebih baik serta prestasi kukuh dan stabil segmen beli-belah di rumah, WOWSHOP. Katanya, antara strategi utama yang dilaksanakan Media Prima adalah kerjasama perkongsian kandungan dengan WeTV dan iQiYi, yang dianggap bertepatan dengan strategi pengembangan digitalnya.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Penjualan iklan, segmen beli-belah, Iklan digital, Digital Marketing, Product Development |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 07 Jul 2021 06:39 |
Last Modified: | 07 Jul 2021 06:39 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |