Persidangan halal sedunia bincang anjakan industri

Persidangan halal sedunia bincang anjakan industri. [Newspaper] (2020)



Abstract

KUALA LUMPUR: Persidangan Halal Sedunia 2020 (WHC 2020) ke-12 anjuran Halal Development Corporation (HDC) esok bakal membincangkan anjakan industri halal menuju ke Ekonomi Baharu Dunia di dalam situasi norma baharu susulan pandemik dunia. Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari, berkata COVID-19 mengubah landskap ekonomi di mana pengguna terpaksa menyesuaikan diri kepada amalan baharu semasa sekatan pergerakan dan kuarantin. "Ini akan berterusan, ia telah mengubah gaya hidup dan kelakuan pengguna dan penduduk di serata dunia kini berusaha untuk menyesuaikan diri dengan amalan norma baharu," katanya dalam satu kenyataan. Mengambil perspektif perubahan landskap ekonomi, tema WHC 2020 iaitu 'Komuniti Halal Pacu Ekonomi Baharu Dunia' akan menyelami perubahan yang sedang berlaku, transformasi sedia ada dan diperlukan untuk dilaksanakan serta menerokai pelbagai cabaran dan peluang yang timbul dalam konteks pengeluaran dan penggunaan yang mampan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri halal, Landskap ekonomi, Consumption, Ekosistem halal, International trade
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Jul 2021 07:38
Last Modified: 07 Jul 2021 07:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item