Penggunaan bisnes online kit dalam khidmat bantu usahawan iks negeri Johor

Penggunaan bisnes online kit dalam khidmat bantu usahawan iks negeri Johor. Penulisan. (Unpublished)



Abstract

Penggunaan media sosial telah banyak membantu para usahawan IKS dalam memasarkan produk mereka keluar dari pasaran setempat dan mampu membawa perniagaan mereka ke pasaran global. Namun, sejauhmanakah usahawan IKS memanfaatkan media sosial dan teknologi dalam perniagaan mereka dengan lebih efisyen. Justeru, penyelidik telah melakukan kajian mengkaji pendapatan usahawan sebelum dan selepas penggunaan Bisnes Online Kit, satu produk inovasi; satu manual tatacara ringkas mengemaskini maklumat perniagaan dan mengendalikan media social perniagaan. Kajian ini ingin menilai sejauhmanakah Penggunaan Bisnes Online Kit Dalam Khidmat Bantu Usahawan IKS Negeri Johor. Metodologi kajian menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pos bagi melihat perubahan pendapatan usahawan, Borang Soal Selidik Kajian Terhadap Persepsi Peserta dan Tahap Kemahiran Peserta Selepas Penggunaan Bisnes Online Kit. Dapatan kajian menunjukkan Bisnes Online Kit telah meningkatkan pendapatan usahawan IKS. Responden sangat setuju bahawa Bisnes Online Kit ini sangat mudah difahami dan boleh menjadi rujukan mereka dengan peratus tertinggi 70.3%. Tahap Kemahiran peserta menunjukkan peratus tertinggi 78.4% menunjukkan bahawa responden sangat setuju bahawa Bisnes Online Kit membuatkan mereka sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk membina dan mengemaskini Facebook Page dan Instagram perniagaan dan berasa seronok dan gembira serta bertambah minat mengemaskini maklumat perniagaan mereka di media sosial. Manakala 73% responden sangat setuju bahawa Bisnes Online Kit membantu mereka untuk menghasilkan ayat-ayat iklan yang menarik bagi menarik perhatian pembeli.

Item Type: Article
Keywords: Usahawan IKS, eUsahawan, Media Sosial
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Bahroni Moojee
Date Deposited: 08 Jul 2020 21:51
Last Modified: 08 Jul 2020 21:51
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item