PKS Malaysia eksport RM2.6b produk, perkhidmatan

PKS Malaysia eksport RM2.6b produk, perkhidmatan. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,350 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengeksport produk dan perkhidmatan ke luar negara bernilai RM2.6 bilion bagi tempoh Mac 2020 hingga Mei lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Mohd Mustafa Abdul Aziz, berkata jumlah eksport yang diraih dalam tempoh berkenaan merangkumi keseluruhan 6,810 aktiviti dan meliputi industri termasuk perabot, produk minyak sawit, produk perubatan, produk kayu, makanan siap, mesin dan peralatan serta perkhidmatan kejuruteraan. Justeru, katanya, bagi meningkatkan lagi penyertaan dan memacu nilai eksport, MATRADE menggesa pengeksport PKS menyertai Geran Pengembangan Pasaran (MDG) bagi meningkatkan aktiviti eksport. "Sejak Mac tahun lalu hingga Mei 2021, MATRADE sudah membantu 1,350 PKS merangkumi 6,810 aktiviti eksport ke pasaran termasuk Jepun, Korea Selatan, China, Brunei, Myanmar, Laos, Indonesia, Filipina, Kanada, Perancis, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

Item Type: Newspaper
Keywords: PKS, Produk eksport, Economic Growth, International trade, Global Sales, Usahawan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Jul 2021 08:06
Last Modified: 07 Jul 2021 08:06
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item