SDG perlu ambil kira semua lapisan masyarakat

SDG perlu ambil kira semua lapisan masyarakat. [Newspaper] (2020)



Abstract

BELANJAWAN 2021 menggariskan agenda pembangunan lestari dan pemuliharaan alam sekitar. Sebahagian inisiatif berkaitan adalah peruntukan RM5 juta untuk menyokong program berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dilaksanakan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia dan RM50 juta untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal di sungai. SDG mula dirancang ketika sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada September 2015. Sebanyak 17 matlamat ditetapkan dan perlu dicapai menjelang 2030. Sebahagian matlamat ini berkenaan membasmi kemiskinan (SDG1), akses kepada tenaga yang bersih (SDG7), penggunaan sumber secara bertanggungjawab (SDG12) dan perubahan iklim (SDG13). Pembangunan lestari tidak hanya menumpukan aspek alam sekitar, sebaliknya mengambil kira faktor seperti sosial dan pertumbuhan ekonomi bagi memastikan agenda pembangunan lebih menyeluruh.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pembangunan lestari, Penjimatan tenaga, Pemuliharaan alam sekitar, Sosiologi industri
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Jul 2021 08:23
Last Modified: 07 Jul 2021 08:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item