Berbakti pada tanah capai pembangunan lestari. [Newspaper] (2020)
Abstract
MATLAMAT pembangunan lestari (SDG) meliputi pembangunan ekonomi bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dengan penggunaan sumber yang bijaksana dan memastikan pemuliharaan terhadap alam sekitar dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk melihat hasilnya. Antara matlamat penting pembangunan lestari dipersetujui ialah pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan daratan. Ketika ini, semua lapisan masyarakat digalak menjalankan aktiviti pertanian. Sebagai contoh, mengusahakan tanah dengan menanam pokok buah-buahan, sayur-sayuran, pokok bunga dan tanaman hiasan. Pertanian boleh dilakukan di kawasan sesuai seperti tapak lapang di halaman ataupun belakang rumah. Jadi, tidaklah kawasan itu terbiar begitu sahaja, malah manfaatnya cukup besar kepada diri dan orang sekeliling.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Pembangunan lestari, Pemuliharaan alam sekitar, Pertanian |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science By Subject > Applied Sciences > Biology By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology By Subject > Plantation & Agrotechnology > Crop Science |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 16 Jun 2021 02:46 |
Last Modified: | 16 Jun 2021 02:46 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |