Sidang Kemuncak Asean: Malaysia gesa komuniti antarabangsa kutuk dan tolak rancangan pengambilalihan Israel

Sidang Kemuncak Asean: Malaysia gesa komuniti antarabangsa kutuk dan tolak rancangan pengambilalihan Israel. [Newspaper] (2020)



Abstract

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini menggesa komuniti antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengutuk dan menolak rancangan pengambilalihan Israel terhadap bahagian Wilayah Palestin Yang Diduduki di Tebing Barat. Semasa membuat gesaan itu pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-36, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, komuniti antarabangsa hendaklah juga memastikan rancangan itu tidak akan dilaksanakan. Beliau berkata, Malaysia begitu prihatin terhadap nasib rakyat Palestin, yang berterusan berhadapan dengan keadaan ketidakstabilan di Asia Barat. "Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya dan menolak pengumuman baru-baru ini oleh Israel untuk melaksanakan rancangan pengambilalihan bahagian Wilayah Palestin Yang Diduduki di Tebing Barat," katanya pada Sidang Kemuncak yang diadakan secara maya dan dihoskan oleh Pengerusi ASEAN 2020, Vietnam.

Item Type: Newspaper
Keywords: Komuniti ASEAN, Hubungan antarabangsa, International law, Ketidakstabilan, Keamanan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Jul 2021 17:36
Last Modified: 07 Jul 2021 17:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item