Malaysia pengerusikan mesyuarat menteri-menteri digital ASEAN, Januari depan. [Newspaper] (2020)
Abstract
PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah akan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Yang Pertama (ADGMIN1) secara telesidang, pada 21 hingga 22 Januari 2021. Bertemakan 'ASEAN: A Digitally Connected Community', mesyuarat itu bertujuan memantapkan jalinan kerjasama negara ASEAN, ke arah pembangunan ekosistem digital sebagai tunjang dalam rancangan pembangunan pasca COVID-19. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, penekanan diberikan terhadap memperkukuhkan kepentingan pemusatan dan kesatuan, dalam usaha membangunkan komuniti ASEAN dalam bidang keselamatan siber, perlindungan data peribadi, 5G, mempromosi inovasi dan e-dagang. Mesyuarat juga akan mengambil peluang memperluaskan kerjasama dengan rakan dialog ASEAN antaranya Jepun, China, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan India, dalam meningkatkan kebijakkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), mengembangkan sumber daya manusia, meneroka dan menjelajahi teknologi baharu serta meningkatkan kemampuan menangani risiko di alam siber.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Komuniti ASEAN, Keselamatan serantau, Kerjasama serantau, Human Security |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 07 Jul 2021 17:40 |
Last Modified: | 07 Jul 2021 17:40 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |