Komuniti ASEAN direalisasikan

Komuniti ASEAN direalisasikan. [Newspaper] (2015)



Abstract

PERTUBUHAN Negara-Negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand, dengan termeterainya Deklarasi ASEAN (Deklarasi Bangkok) oleh negara pengasas iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Pada 7 Januari 1984, Brunei kemudian menyertai ASEAN, diikuti Vietnam pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 serta Kemboja pada 30 April 1999, menjadikan keseluruhan sebanyak 10 negara anggota pertubuhan serantau. Matlamat kerjasama ASEAN seperti termaktub dalam Deklarasi ASEAN, antaranya memacu pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembangunan budaya menerusi perkongsian serantau bagi mengukuhkan kemakmuran di Asia Tenggara. Penubuhan ASEAN juga bertujuan mempromosikan keamanan dan keselamatan serantau dengan sikap menghormati keadilan dan undang-undang di antara negara anggota dengan pematuhan terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Item Type: Newspaper
Keywords: Komuniti ASEAN, Deklarasi Bangkok, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 16 Jun 2021 02:44
Last Modified: 16 Jun 2021 02:44
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item