Komuniti ASEAN demi kesejahteraan negara serantau

Komuniti ASEAN demi kesejahteraan negara serantau. [Newspaper] (2015)



Abstract

Tahun ini Malaysia mula memikul tanggungjawab besar sebagai Pengerusi ASEAN. Myanmar menamatkan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN pada 31 Disember lalu. Dengan pelantikan sebagai Pengerusi ASEAN yang baharu, Kuala Lumpur akan menjadi hos kepada pelancaran Komuniti ASEAN yang akan dilancarkan pada November tahun ini. Ia selaras dengan Deklarasi Sidang Kemuncak mengenai Peta Garisan Komuniti ASEAN (2009-2015) yang dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di Hua Hin, Thailand pada tahun 2009. Deklarasi itu mengandungi tiga tonggak utama, iaitu pembinaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC). Sidang kemuncak itu juga mengeluarkan Rangka Tindakan Komuniti APSC dan Rangka Tindakan ASCC untuk menetapkan rangka tindakan lengkap bagi mewujudkan komuniti ASEAN tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucaptama pada Kolokium Kebangsaan Mengenai Kepengerusian ASEAN di Kuala Lumpur pada tahun 2009 menyifatkannya sebagai detik bersejarah. Ia adalah hasil kerja keras lima tahun oleh 10 negara ASEAN untuk membentuk komuniti berteraskan rakyat dengan moto 'Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti'.

Item Type: Newspaper
Keywords: Komuniti ASEAN, Stabil, Gagasan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 16 Jun 2021 02:33
Last Modified: 16 Jun 2021 02:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item