Malaysia Pertingkat Usaha Terokai Sektor Herba

Malaysia Pertingkat Usaha Terokai Sektor Herba. [Website]



Abstract

Menyedari potensi besar sektor herba dunia, Malaysia mempertingkatkan usaha untuk membangunkan industri itu dengan memanfaatkan sumber dalaman negara. Menurut Pegawai Penyelidik Prinsipal Program Agronomi dan Pengeluaran Tanaman MARDI Wan Zaki Wan Mamat, Malaysia mempunyai lebih 15,000 spesies tanaman herba dan 12,000 daripadanya mempunyai nilai farmaseutikal yang tinggi.

Untuk itu, MARDI yang diberi tanggungjawab meneraju industri huluan tanaman herba negara telah mengatur beberapa langkah meliputi pelbagai aspek termasuk penanaman dan pembangunan produk, katanya kepada Bernama di sini. Katanya buat masa ini 65 peratus bahan mentah produk herba negara datang dari China, India dan Indonesia, namun kerajaan berusaha mengurangkan import itu dengan melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Item Type: Website
Keywords: Tanaman herba, Teknologi Makanan, Food Technology
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 08 Jul 2020 23:11
Last Modified: 08 Jul 2020 23:11
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item