Nanoteknologi: ilmu yang mengubah kualiti kehidupan manusia

Nanoteknologi: ilmu yang mengubah kualiti kehidupan manusia. Bicara Saintis. ISSN 2682-8456 (2019)



Abstract

Nanoteknologi memberikan banyak penggunaan dan manfaat kepada manusia melalui perubatan, komunikasi, pembuatan dan semua aspek kehidupan masyarakat moden. Cuba anda bayangkan suatu hari nanti semua maklumat yang terdapat dalam ensiklopedia mampu disimpan dalam komputer sebesar jam tangan, baju yang terkoyak bercantum sendiri dan cat rumah yang berubah warna pada masa tertentu.

Alat mikroskop yang sangat kecil boleh melalui sistem darah manusia bagi mengesan punca penyakit dan melaksanakan pemulihan awal dan mampu mengesan pencemaran persekitaran dan makanan pada tahap yang lebih baik.

Bahan dengan sifat luar biasa yang sangat ringan dan lebih kuat daripada keluli pula boleh digunakan untuk membuat kereta, kapal angkasa, bangunan dan ciptaan lain yang lebih baik. Sama ada kita sedar atau tidak, semua benda yang wujud di keliling kita semakin hari semakin kecil, ringan dan sukar dilihat.

Item Type: Article
Keywords: Nanoteknologi
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Biology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 08 Jul 2020 23:33
Last Modified: 08 Jul 2020 23:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item