Hubungan budaya mantapkan Komuniti ASEAN. [Newspaper] (2015)
Abstract
Kini rakyat Malaysia banyak bertumpu kepada isu domestik berbanding antarabangsa. Adakah kita sedar bahawa pada tahun 2015 ini, bermula pada 31 Disember, Malaysia akan memasuki era baharu dalam hubungannya dengan sembilan negara anggota ASEAN lain dan membentuk satu komuniti yang dikenali sebagai Komuniti ASEAN. Peranan Malaysia sangat besar apabila bakal mempengerusikan ASEAN yang baharu ini. Komuniti ASEAN terbentuk melalui tiga cabang yang dikenali sebagai Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi, dan Komuniti Sosiobudaya. Pembentukan Komuniti ASEAN adalah satu anjakan paradigma untuk merubah peranan ASEAN sebagai sebuah unit yang terikat, berbanding sebelum ini yang berpisahkepada 10 negara anggotanya. Meskipun ASEAN terus kekal seperti peranan asalnya yakni melalui pendekatan 'Cara ASEAN' dengan tiada campur tangan ke atas hal ehwal domestik negara ASEAN lain dan 'diplomasi senyap' yang terus diamalkan, kini jelas ada inisiatif khususnya ketika di bawah bekas Setiausaha Agung ASEAN, Dr Surin Pitsuwan, ASEAN menerima pakai kaedah campur tangan secara konstruktif, merakyatkan dasar ASEAN dan mendokong dasar perdagangan bebas khususnya dalam kalangan negara anggota.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Komuniti ASEAN, Proses penggubalan dasar awam, Kerjasama serantau, International political economy |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 07 Jul 2021 18:02 |
Last Modified: | 07 Jul 2021 18:02 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |