Hubungan baik Malaysia-AS wadah perkasa negara, ASEAN

Hubungan baik Malaysia-AS wadah perkasa negara, ASEAN. [Newspaper] (2021)



Abstract

PELANTIKAN Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) Ke-46 menyaksikan lembaran baharu bagi AS, sekali gus memberikan implikasi kepada dunia dan menganjak hubungan antarabangsa ke arah norma serta era berbeza. Hubungan Malaysia-AS dari segi diplomatik, ekonomi, perdagangan dan keselamatan terbukti wadah penting serta menentukan masa depan kesejahteraan dan keselamatan negara dan serantau. Ia tonggak utama memastikan kekukuhan dan kelestarian ekonomi, keselamatan serta kedaulatan negara tetap terpelihara dan diperkasakan. Ia melangkaui aspek profesional, politik dan ekonomi, sekali gus menyaksikan sejarah hubungan erat terjalin sejak diiktiraf secara diplomatik. Situasi semasa dan masa depan dalam arena politik antarabangsa menyaksikan perubahan besar. Malaysia perlu terus aktif memainkan peranan utama untuk mengatasi isu berimpak tinggi, terutama di Asia Tenggara. Kejayaan dan peranan kita dalam ASEAN menjadi faktor penting mengekalkan keamanan serta pengurangan risiko konflik berskala besar.

Item Type: Newspaper
Keywords: Komuniti ASEAN, Hubungan antarabangsa, Keselamatan serantau
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Jul 2021 18:23
Last Modified: 07 Jul 2021 18:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item