Malaysia sokong Sidang Kemuncak ASEAN darurat tangani krisis di Myanmar. [Newspaper] (2021)
Abstract
PUTRAJAYA – Malaysia menyatakan sokongan terhadap seruan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN darurat bagi menangani situasi tegang di Myanmar ketika ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perbincangan secara terbuka, ikhlas dan jujur itu dapat meningkatkan peranan ASEAN untuk membantu Myanmar dalam mencari jalan keluar daripada krisis tersebut dengan cepat. “Saya sangat menyokong kenyataan Jokowi hari ini (semalam) dan seruannya untuk mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN darurat bagi mengatasi keadaan di Myanmar. “Kita di Malaysia dan komuniti ASEAN yang besar tidak mampu melihat negara jiran ini dalam keadaan tidak stabil di tangan beberapa individu tertentu yang berusaha untuk mempromosikan kepentingan mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Komuniti ASEAN, Keselamatan serantau, Hubungan antarabangsa |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 07 Jul 2021 18:31 |
Last Modified: | 07 Jul 2021 18:31 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |