Sesi pemukiman menteri luar ASEAN secara sidang video. [Newspaper] (2021)
Abstract
PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal menyertai Sesi Pemukiman Menteri Luar ASEAN yang bakal diadakan esok secara persidangan video. Kementerian Luar berkata, sesi itu merupakan mesyuarat berjadual pertama kesemua 10 negara anggota yang dihoskan oleh Brunei sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini. “Acara julung kali secara maya ini akan dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei, Dato Erywan Pehin Yusof,” kata Wisma Putra menerusi kenyataan di sini hari ini. Ia turut melibatkan Setiausaha Agung ASEAN, Dato Lim Jock Hoi yang juga dari Brunei, dan sesi ini sebenarnya sudah bermula dengan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN semalam. Antara isu akan dibincangkan oleh para menteri luar serantau itu ialah pelaksanaan pelbagai keputusan yang dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37 tahun lalu.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Komuniti ASEAN, Kerjasama serantau, Hubungan antarabangsa |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 07 Jul 2021 18:36 |
Last Modified: | 07 Jul 2021 18:36 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |