Jenayah siber di negara ini meningkat

Jenayah siber di negara ini meningkat. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Isu keselamatan siber kini menjadi antara fokus utama kerajaan bagi melengkapkan usaha dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia. Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi menangani secara efektif isu berkenaan, kerajaan telah melancarkan insiatif MyDigital, yang juga bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendalami digitalisasi, serta merebut peluang bagi memperbaiki taraf kehidupan. “MyDigital merupakan inisiatif nasional bagi melambangkan aspirasi kerajaan untuk menukar Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang didorong secara digital, dan menjadi pemimpin serantau dalam ekonomi digital,” katanya. Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Cyber Defence & Security Exhibition and Conference 2021 (CYDES 2021) secara maya awal hari ini. “Bagi memastikan keberjayaan MyDigital, Agensi Keselamatan Siber Malaysia (NACSA) telah diberi tanggungjawab menjadi agensi peneraju bagi menyelaras dan menetapkan standard semua inisiatif keselamatan siber di bawah enam kluster MyDigital,” katanya lagi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Keselamatan siber, MyDigital, Agensi Keselamatan Siber Malaysia (NACSA), Cyber security, Electronic Commerce
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Jul 2021 03:25
Last Modified: 08 Jul 2021 03:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item