Rukun Negara wadah bentuk masyarakat berpandangan jauh

Rukun Negara wadah bentuk masyarakat berpandangan jauh. [Newspaper] (2020)



Abstract

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13. Ia dibentuk dalam usaha mewujudkan perpaduan kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, diperkenalkan susulan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan hubungan kaum di Malaysia. Prinsip dalam Rukun Negara jelas kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kestabilan Malaysia, bertujuan menyemai nilai murni dalam kalangan masyarakat, nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan negara, kepatuhan kepada Perlembagaan dan undang-undang serta masyarakat yang sopan dan bertatasusila. Nilainya perlu difahami, dihayati dan diamalkan semua lapisan masyarakat kerana keharmonian negara bergantung kepada masyarakat yang tinggi disiplin dan cintakan negara.

Item Type: Newspaper
Keywords: Nilai dan etika, Rukun negara, Keharmonian, Sosial polisi
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Jul 2021 06:20
Last Modified: 08 Jul 2021 06:20
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item