'Menjiwai semula' nilai integriti kekang rasuah sektor awam

'Menjiwai semula' nilai integriti kekang rasuah sektor awam. [Newspaper] (2021)



Abstract

Rasuah mungkin dianggap tajuk lapuk, namun topik ini perlu terus diperkatakan mengambil kira kesan besarnya kepada bangsa dan tanah air. Relevannya sudah tentu untuk mencari solusi supaya rasuah tidak terus berleluasa, umpama sekam yang tiba-tiba menjadi bara. Biarpun rasuah membabitkan isu umum, tumpuan utama turut meliputi penjawat awam. Sekalipun hanya segelintir terbabit, dampak negatifnya boleh mencalar kewibawaan keseluruhan perkhidmatan awam negara. Insiden lolosnya pintu masuk negara, terlepasnya cukai hasil pendapatan negara dan ketirisan peruntukan perolehan berbilion ringgit yang merugikan negara hingga kepada episod daging kartel, semuanya mengundang musibah jauh lebih besar jika tidak segera ditangani.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pentadbiran awam, Integriti, Rasuah, Etika perkhidmatan awam
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Jul 2021 07:24
Last Modified: 08 Jul 2021 07:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item