E-Kraf Bazar inisiatif pemasaran online bantu usahawan kraf semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

E-Kraf Bazar inisiatif pemasaran online bantu usahawan kraf semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Siaran Media. (Unpublished) (2020)



Abstract

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia telah memperkenalkan inisiatif pemasaran dalam talian (online) di media sosial Facebook yang dikenali sebagai E-Kraf Bazar bagi membantu golongan usahawan kraf yang terkesan ketika negara dan dunia berdepan dengan krisis penularan COVID-19.
Inisiatif ini telah bermula pada 8 April 2020 lalu bagi memasarkan produk kraf daripada usahawan bidang seperti tekstil, hasil rimba, seramik, logam dan aneka kraf. Selain itu, platform ini turut memudahkan pengguna mendapatkan keperluan diri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta keperluan untuk persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tadau Kaamatan dan Gawai Dayak.

Item Type: Article
Keywords: E-Kraf Bazar, Usahawan kraf
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Electronic Commerce
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 09 Jul 2020 05:27
Last Modified: 09 Jul 2020 05:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item