Nilai bersama prasyarat wujudkan bangsa Malaysia

Nilai bersama prasyarat wujudkan bangsa Malaysia. [Newspaper] (2020)



Abstract

MUTAKHIR ini ada cadangan untuk membentuk semula bangsa Malaysia. Malaysia merangkumi tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai sejarah, budaya, tradisi serta agama tersendiri. Kita tidak berupaya mencabut akar sejarah, budaya, agama dan tradisi kaum masing-masing kerana itu ialah hakikat kewujudan serta realiti setiap kaum yang harus dihormati. Namun, sebagai negara bangsa yang meletakkan perpaduan sebagai inti kepada kelangsungan, maka kita tidak boleh menolak keperluan untuk mengukir nilai bersama sebagai prasyarat mewujudkan bangsa Malaysia. Prasyarat bermakna kegagalan kita mendakap nilai bersama ini, maka teori bangsa Malaysia akan menjadi utopia sahaja. Mengapa nilai bersama sangat penting? Sebagai kerajaan yang diberikan kuasa mentadbir rakyatnya adalah suatu hal sangat penting supaya kuasa dan nilai bersama ini diselaraskan. Apabila ia diselaraskan, akan menjadi lebih mudah untuk rakyat patuh. Kurang paksaan diperlukan, sekali gus membawa kepada produktiviti sosial lebih besar.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perpaduan, Pembangunan Komuniti, Toleransi, Bangsa Malaysia, Sosiologi
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Jul 2021 17:23
Last Modified: 08 Jul 2021 17:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item