Nasib Tasik Chini, UNESCO Paris beri tempoh hingga 2022

Nasib Tasik Chini, UNESCO Paris beri tempoh hingga 2022. [Newspaper] (2021)



Abstract

Putrajaya: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak akan mengeluarkan sebarang Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) bagi permohonan dalam kawasan pemeliharaan di Tasik Chini, Pahang. Ia membabitkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Rizab Perlindungan dan kawasan yang diwartakan secara khusus seperti tadahan air atau Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, KeTSA menyokong usaha dan komitmen kerajaan Pahang dalam memelihara tapak rizab biosfera Tasik Chini. Katanya, sebagai 'national focal point' bagi program 'Man and the Biosphere' (MAB) bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), kementeriannya sentiasa menyokong usaha kerajaan Pahang itu. "KeTSA sentiasa menekankan kepentingan memelihara kelestarian kawasan tapak rizab biosfera Tasik Chini dalam menyokong usaha-usaha mempertahankan pengiktirafan tasik berkenaan," katanya tadi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Ecosystem and biodiversity, Pemeliharaan, Tapak rizab biosfera, International organizations
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
By Subject > Applied Sciences > Biology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Jul 2021 17:44
Last Modified: 08 Jul 2021 17:44
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item