MARA komited, agresif perkasa agenda Bumiputera sejak 55 tahun

MARA komited, agresif perkasa agenda Bumiputera sejak 55 tahun. [Newspaper] (2021)



Abstract

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) telah menerajui pembangunan Bumiputera sejak 55 tahun. Sebagai sebuah agensi kerajaan diberi mandat pada1Mac 1966, MARA terus mencatur pembangunan meliputi Keusahawanan, Pendidikan, Pelaburan dan Khidmat Pengurusan. Sejarah penubuhan MARA bermula apabila desakan untuk mengkaji semula peranan Rural and Industrial Development Authority (RIDA) yang lebih bersifat kepada penyediaan infrastruktur. Oleh itu, Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965 bersetuju mewujudkan MARA, sebuah badan khas yang lebih memfokuskan pembangunan modal insan Bumiputera. Bersempena dengan itu, setiap tahun MARA akan meraikan sambutan Hari MARA yang jatuh pada1Mac. Tahun ini ia diadakan secara maya di semua pusat pentadbiran MARA. Bertemakan 'Menjunjung Amanah Mendepani Masa Hadapan' yang memberi fokus kepada cabaran masa kini dihadapi negara. Pengamalan norma baharu dalam wadah perjuangan diterapkan dengan membawa perubahan yang relevan dan menjadikan MARA pemangkin utama ekonomi negara. Ikuti wawancara bersama Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun.

Item Type: Newspaper
Keywords: Keusahawanan, Pembangunan Komuniti, Ekonomi bumiputera, Pengurusan pembangunan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Jul 2021 05:46
Last Modified: 09 Jul 2021 05:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item