Inisiatif BRI: Malaysia ketengah isu kesihatan awam, COVID-19

Inisiatif BRI: Malaysia ketengah isu kesihatan awam, COVID-19. [Newspaper] (2021)



Abstract

PUTRAJAYA: Malaysia akan mengetengahkan kepentingan mencapai keseimbangan dalam kesihatan awam serta menangani cabaran COVID-19 di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka menyentuh mengenai perkara itu pada Persidangan Secara Maya Peringkat Tinggi Asia dan Pasifik mengenai Kerjasama BRI hari ini. Beliau menyertai sidang maya itu atas undangan rakan sejawatannya Wang Yi dari China. Persidangan tahun ini menumpukan usaha memacu kerjasama antarabangsa bagi memastikan agihan vaksin yang lebih adil, terbuka dan tanpa diskriminasi serta mempromosikan 'pembangunan hijau' ke arah pencapaian pembangunan mampan serta menyeluruh.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kesihatan awam, Pembangunan hijau, Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Komuniti ASEAN, Kerjasama serantau
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Jul 2021 20:30
Last Modified: 08 Jul 2021 20:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item