Lotus's Malaysia perkukuh jualan dalam talian. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) akan memperkukuhkan aktiviti jualan dalam talian berikutan permintaan yang semakin meningkat. Presiden Lotus's Malaysia, Kenneth Chuah, berkata pandemik COVID-19 serta sekatan pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia sejak tahun lalu memberi lonjakan besar kepada perkhidmatan dalam taliannya. Justeru, beliau berkata, Lotus's Malaysia akan terus memperkasakan kapasiti itu dengan melaksanakan pelbagai langkah seperti penambahbaikan laman web, aplikasi dan pengalaman digital pengguna. Katanya, Lotus's Malaysia juga mempunyai perancangan yang menyeluruh untuk meningkatkan platform dalam talian. "Transaksi jualan dalam talian semakin meningkat dan semakin mendapat permintaan walaupun secara keseluruhannya, sumbangan jualan dalam talian masih rendah berbanding jualan luar talian atau cawangan fizikal.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Jualan dalam talian, Brand awareness, Electronic Commerce, Online Shopping, Marketing strategy |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 08 Jul 2021 19:28 |
Last Modified: | 08 Jul 2021 19:28 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |