Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada separuh kedua

Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada separuh kedua. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka mampu berkembang lebih baik pada separuh kedua 2021 disokong permintaan luaran meskipun penyebaran pandemik masih belum berakhir, demikian kata Affin Hwang Capital. Ketua Ahli Ekonomi Affin Hwang, Alan Tan, berkata pihaknya menjangkakan pertumbuhan kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar negara ini akan mencatatkan pertumbuhan positif iaitu sebanyak 11 peratus pada suku kedua 2021 meskipun berdepan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh pada Jun. Namun begitu, beliau berkata, sememangnya tidak dinafikan risiko penurunan kekal ada tetapi pemulihan ekonomi akan berterusan pada separuh kedua dengan unjuran pertumbuhan KDNK benar bagi keseluruhan 2021 sekitar 4.0 peratus berbanding unjuran awal sebelum ini 6.0 peratus, lebih baik berbanding -5.6 peratus pada 2020. Katanya, Affin Hwang Capital juga percaya bahawa prospek penstabilan dan kemungkinan pengembangan berterusan dalam persekitaran ekonomi global akan meningkatkan eksport dan pertumbuhan ekonomi negara pada separuh kedua 2021.

Item Type: Newspaper
Keywords: Economic growth, Gross Domestic Product (GDP), Pemulihan ekonomi, Monetary Policy
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Jul 2021 06:03
Last Modified: 09 Jul 2021 06:03
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item