Siasatan nahas LRT perlu menyeluruh elak berulang lagi

Siasatan nahas LRT perlu menyeluruh elak berulang lagi. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) pada Isnin lalu, membabitkan 213 mangsa menggemparkan masyarakat. Sehingga kini, enam mangsa masih dirawat dengan tiga daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kejadian menyedihkan ini insiden terburuk dalam sejarah LRT tanah air sejak sistem pengangkutan ini mula beroperasi pada 1996. Kemalangan berlaku jam 8.45 malam membabitkan dua tren LRT Kelana Jaya. Berdasarkan laporan awal, tren yang mengalami masalah teknikal itu dipandu dari arah bertentangan menyebabkan bertembung dengan tren membawa penumpang. Siasatan awal mendapati nahas berpunca daripada kecuaian pemandu. Siasatan lanjut sedang dilakukan dengan proses itu dapat mengenal pasti punca sebenar kemalangan serta mempunyai langkah pencegahan dan kawalan berkesan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pentadbiran sumber manusia, Siasatan kemalangan, Mekanisme kawalan, Sosiologi, Tingkahlaku Organisasi
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Jul 2021 20:12
Last Modified: 08 Jul 2021 20:12
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item