Mendepani kemajuan negara melalui pembangunan sosial

Mendepani kemajuan negara melalui pembangunan sosial. [Newspaper] (2020)



Abstract

Tahun 2020 dinobatkan untuk menentukan tahap pencapaian Malaysia sebagai negara maju. Pencapaian disasarkan bersifat komprehensif bukan sahaja pada fizikal mahupun ekonomi, tetapi merentasi bidang politik, pentadbiran, sains teknologi dan sosial. Bermakna sejak mula diperkenalkan, rakyat Malaysia diberi tempoh hampir 30 tahun untuk membuktikan mereka boleh melakukan perubahan total kepada pembangunan negara. Ironinya dalam tempoh itu juga, Malaysia terpaksa berdepan pelbagai kemelut khususnya prestasi ekonomi dunia yang tidak menentu. Fenomena globalisasi pesat mencabar kelangsungan negara untuk terus bertahan dan mara ke hadapan. Segala aspek kehidupan manusia menghadapi pelbagai cabaran pada era ini. Dengan konsep dunia tanpa sempadan, urusan negara tidak lagi menjadi hak eksklusif sesebuah negara itu dan terbuka kepada persaingan yang kompetitif.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pembangunan sosial, Pembangunan komuniti, Sosiologi, Pembangunan lestari
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Jul 2021 17:47
Last Modified: 09 Jul 2021 17:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item