Guna e-wallet syarat perbaharui lesen perniagaan

Guna e-wallet syarat perbaharui lesen perniagaan. [Newspaper] (2021)



Abstract

Putrajaya: Peniaga pasar tani dan pasar awam di pusat pentadbiran kerajaan di sini bakal diwajibkan menggunakan aplikasi e-wallet sebagai antara syarat untuk memperbaharui lesen perniagaan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, berkata syarat yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat itu adalah sebagai usaha bagi memastikan pemain industri sektor peruncitan bersedia menghadapi model perniagaan baharu berkonsepkan pendigitalan. Katanya, pasar tani Putrajaya dipilih sebagai pelaksanaan fasa pertama Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Insiative-ReDI) dan fasa ke dua akan diperluaskan ke seluruh negara pada Mei. "Kementerian menyasarkan 100 pasar tani dan pasar awam menggunakan kemudahan e-wallet menjelang hujung tahun ini," katanya pada sidang media pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan di Presint 2 di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mohamed Mustahapa Awang.

Item Type: Newspaper
Keywords: Lesen perniagaan, e-wallet, Peniaga mikro, Electronic commerce
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Jul 2021 18:10
Last Modified: 09 Jul 2021 18:10
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item