Pemudah cara usahawan DesaMall@KPLB

Pemudah cara usahawan DesaMall@KPLB. [Newspaper] (2021)



Abstract

Putrajaya: Selaku pentadbir program DesaMall@KPLB, syarikat e-commerce enabler, eLokal Sdn Bhd bertindak sebagai rakan strategik Business to Business (B2B) mewakili KPLB untuk menandatangani sebarang Memorandum Persefahaman/Perjanjian/Kontrak dengan entiti perniagaan lain antaranya syarikat penyedia platform e-dagang iaitu Lazada dan Shopee serta syarikat penyedia perkhidmatan logistik seperti Pos Malaysia Berhad dan Risda Fleet Sdn Bhd. Bukan itu saja eLokal Sdn Bhd turut berperanan sebagai pentadbir DesaMall@KPLB dan bertanggungjawab menguruskan stok usahawan DesaMall@KPLB menerusi sistem StoreHub yang diguna pakai di Gudang DesaMall@KPLB, menerima pesanan pelanggan, penghantaran produk kepada pembeli, urusan pembayaran oleh pembeli selain menguruskan sebarang pertanyaan oleh pembeli berkenaan produk yang dipasarkan. Ketua Pegawai Eksekutif eLokal Sdn Bhd Ahmad Shah Wahid berkata, dengan bimbingan dan persetujuan KPLB, eLokal Sdn Bhd turut bertanggungjawab merangka pelan pemasaran produk dan perkhidmatan usahawan DesaMall@KPLB untuk meningkatkan lagi visibility produk usahawan DesaMall@KPLB.

Item Type: Newspaper
Keywords: Usahawan digital, Platform e-dagang, Electronic commerce, E-Service quality, Sistem StoreHub
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Management
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Jul 2021 18:16
Last Modified: 09 Jul 2021 18:16
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item