RM1 bilion tingkatkan kapasiti, kukuhkan kesihatan awam

RM1 bilion tingkatkan kapasiti, kukuhkan kesihatan awam. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Kerajaan menambah peruntukan RM1 bilion diberikan bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan. Menurutnya, peruntukkan sebanyak RM 450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan unit rawatan rapi ICU bagi rawatan Covid-19. "Ia bukan sahaja di hospital seliaan KKM tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam seperti di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta melalui hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti di Sabah dan Sarawak. "Selain itu, penyumberan luar juga akan dilaksanakan kepada hospital swasta. Jumlah ini termasuk RM200 juta yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 22 Mei baru-baru ini," katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kesihatan awam, Sistem kesihatan, Pembangunan komuniti, Pengurusan awam
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Jul 2021 18:21
Last Modified: 09 Jul 2021 18:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item