4,615 insiden keselamatan siber direkodkan. [Newspaper] (2021)
Abstract
PUTRAJAYA : Jumlah insiden keselamatan siber yang dilaporkan ke Pusat Bantuan Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia merekodkan sebanyak 4,615 dengan tiga insiden tertinggi iaitu Penipuan (3,229), Pencerobohan (765) dan Kod Berbahaya (256) bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, peningkatan penggunaan internet secara ketara di seluruh negara berikutan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendedahkan kepada pelbagai ancaman dan serangan siber. Bagaimanapun, kata beliau, kementerian bersama CyberSecurity Malaysia sentiasa memantau persekitaran ruang siber negara dengan menyediakan perkhidmatan, bantuan serta sokongan teknikal untuk memantapkan lagi sistem rangkaian dan pertahanan siber kepada semua pihak.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | keselamatan siber, pencerobohan, penggunaan internet |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Statistics |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 30 Jun 2021 06:55 |
Last Modified: | 30 Jun 2021 06:55 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |