KRM, MSN rangka program jangka panjang Sukan Asia 2026

KRM, MSN rangka program jangka panjang Sukan Asia 2026. [Newspaper] (2020)



Abstract

Program latihan jangka panjang menuju Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun, dilaksanakan bagi mempersiapkan skuad ragbi tujuh sepasukan (7's) kebangsaan untuk mencabar Korea Selatan dan Sri Lanka selaku antara empat pasukan terbaik Asia.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya optimis jurang prestasi antara Malaysia dan kedua-dua negara itu mampu dikurangkan dalam tempoh enam tahun berdasarkan kepada statistik pencapaian di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Katanya, KRM menyasarkan pingat sulung di temasya Sukan Asia 2026 dan mengakui peluang melakar sejarah dalam sukan ragbi tanah air lebih cerah jika skuad kebangsaan dapat menyaingi standard kedua-dua negara terbabit.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sports Development, Rugby, sports associations
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 27 Sep 2021 23:41
Last Modified: 27 Sep 2021 23:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item