Peruntukan RM55j turut merangkumi sukan teras lain

Peruntukan RM55j turut merangkumi sukan teras lain. [Newspaper] (2020)


Related URLs:

    Abstract

    Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjelaskan peruntukan RM55 juta untuk pembangunan sukan berprestasi tinggi dalam Belanjawan 2021 tidak hanya khusus kepada sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal dan pembangunan atlet wanita semata-mata.

    Sebaliknya, beliau berkata peruntukan itu juga akan dimanfaatkan untuk memulakan program pembangunan atlet bagi beberapa sukan teras lain seperti olahraga, renang, terjun, gimnastik tenpin boling, skuasy dan golf bermula tahun depan seperti yang direncana kementeriannya.

    "Pengenalpastian sukan-sukan berkenaan adalah berasaskan beberapa faktor. Antaranya potensi untuk menyumbang pingat kepada negara di persada antarabangsa selain daripada menawarkan bilangan acara dan pingat yang banyak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Item Type: Newspaper
    Keywords: Sports Development, Sports Management, Budget
    Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
    Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
    Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
    Date Deposited: 27 Sep 2021 23:41
    Last Modified: 27 Sep 2021 23:41

    Actions (login required)

    View Item View Item