Universiti sukan jadi impian atlet

Universiti sukan jadi impian atlet. [Newspaper] (2020)



Abstract

Penubuhan universiti sukan seperti diutarakan Ketua Unit Sukan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Pekan Ramli dan disokong Pakar Pembangunan Sukan dan Reakreasi Luar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Md Amin Md Taaf seperti disiarkan akhbar ini, memberikan sinar harapan kepada kewujudan institusi sedemikian.

Ia menjadi impian atlet negara untuk mengejar kejayaan dalam bidang sukan dan kecemerlangan dalam akademik untuk menjamin masa depan lebih baik apabila bersara daripada arena sukan kelak.

Pelbagai pandangan, idea, kaedah, bukti dan cadangan dilontarkan pakar berikutan pentingnya universiti sukan yang akan memberi impak besar sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Negara lain sudah lama meraih laba dengan kewujudan universiti sukan seperti China, Korea, Japan, Taiwan, India dan Vietnam. Mereka menghasilkan atlet universiti yang mempamerkan keputusan cemerlang pada peringkat tinggi seperti Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia dan Sukan Asia.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sports Development, Sports facilities, Sports Institutions
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 27 Sep 2021 23:41
Last Modified: 27 Sep 2021 23:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item