Jurulatih penjaga gol Kelantan FC letak jawatan

Jurulatih penjaga gol Kelantan FC letak jawatan. [Newspaper] (2021)



Abstract

KOTA BHARU: Hanya selepas enam bulan bersama Kelantan FC, jurulatih penjaga gol pasukan Riccardo Mattioli meletakkan jawatan, berkuat kuasa hari ini. Menurut kenyataan The Red Warriors, jurulatih berasal dari Itali itu membuat keputusan berkenaan atas urusan keluarga yang tinggal di negara asal serta faktor kesihatan ibunya. "Beliau (Mattioli) merupakan antara individu yang sangat penting dalam pasukan bagi membentuk penjaga gol pasukan Kelantan FC iaitu Faridzuean Kamaruddin, Nik Amin Ahmad, Farizal Harun dan Asfa Abidin. "Kehadiran beliau bersama pasukan musim ini memberikan impak positif kepada penjaga gol dengan menunjukkan aksi cemerlang dalam setiap perlawanan," demikian menurut kenyataan itu yang dimuat naik melalui akaun Facebook kelab, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Jurulatih sukan, Bolasepak, Profesional, Coaching Effectiveness, Interpersonal constraints
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 29 Jun 2021 19:03
Last Modified: 29 Jun 2021 19:03
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item