Pembinaan kompleks silat negara perlu diteruskan

Pembinaan kompleks silat negara perlu diteruskan. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Pembinaan Kompleks Silat Negara dilaporkan bernilai RM160 juta yang sudah diluluskan sebelum ini perlu diteruskan demi mewujudkan sebuah mercu tanda melambangkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara. Kompleks yang lokasinya sudah dikenal pasti di tengah-tengah ibu negara itu dilihat sebagai kesinambungan terbaik selepas Pertubuhan Pendidikan, Santifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf silat sebagai warisan negara pada 2019. Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang disahkan menduduki kerusi nombor satu badan induk itu baru-baru ini, berkata langkah menggerakkan usaha tersebut akan dilakukan dengan segera. "Silat merupakan intangible cultural heritage (warisan budaya tidak ketara) milik Malaysia. Jadi sebab itu kalau kita ingin memastikan supaya ini (pengiktirafan) dapat dipertahankan kita mesti ada satu simbol.

Item Type: Newspaper
Keywords: Silat, Warisan budaya, Sport Facilities
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 29 Jun 2021 18:56
Last Modified: 29 Jun 2021 18:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item