MOTAC, Arab Saudi perkukuh kerjasama pulih sektor pelancongan

MOTAC, Arab Saudi perkukuh kerjasama pulih sektor pelancongan. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Arab Saudi komited untuk memulihkan semula industri pelancongan dan kebudayaan menerusi beberapa inisiatif yang dibincangkan kedua-dua negara. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata hasil perbincangan kedua-dua negara itu dijangka dapat membuka peluang yang lebih besar dalam bidang pelancongan di antara Malaysia dan Arab Saudi khususnya serta negara di Asia Barat pada amnya. Katanya, antara inisiatif itu adalah mempertingkatkan perkongsian maklumat berhubung dasar dan amalan terbaik, terutama dalam langkah memulihkan semula industri pelancongan daripada impak COVID-19. "Antara lainnya adalah mempertingkatkan promosi bersama pelancongan menerusi media sosial dan platform digital untuk meningkatkan permintaan perjalanan bagi kedua-dua negara, serta perkongsian maklumat dan amalan terbaik dalam pengurusan lestari tapak warisan kebudayaan sebagai tarikan pelancongan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pengurusan pelancongan, International tourism, Tourism Planning and Development
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 29 Jun 2021 18:36
Last Modified: 29 Jun 2021 18:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item