Literasi undang-undang sinonim kemandirian jati diri mahasiswa dalam lanskap politik kampus: pemacu generasi muda berjiwa besar dan tinggi karisma kepimpinan. International Journal of Law, Government and Communication, 6 (23). pp. 215-242. ISSN 0128-1763 (2021)
Abstract
Perjuangan politik generasi muda di Malaysia berevolusi semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sedasawarsa menyaksikan literasi undang-undang dan penyertaan mahasiswa dalam lanskap politik kampus melahirkan golongan generasi muda berjiwa besar dan tinggi karisma kepimpinan, terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia. Objektif kajian ini adalah serampang dua mata iaitu (i) merungkai tafsiran berhubung nilai positif, semangat dan jati diri, bilamana mahasiswa didedahkan dengan keupayaan meningkatkan kemandirian dalam konteks penyertaan politik kampus, dan (ii) meneliti sumbangan kejayaan yang berterusan mahasiswa berjiwa besar dan tinggi karisma kepimpinan dalam aspek pembangunan politik negara pada hari ini. Modus operandi penyelidikan ini dilaksanakan dengan mengutilasikan kaedah kualitatif temu bual mendalam terhadap 24 pelajar dari program pengajian perundangan di empat buah universiti awam Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sains politik, Legal education, Campus politics, Legal literacy, Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971), Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 05 Oct 2021 23:25 |
Last Modified: | 11 Oct 2021 03:27 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |