Utama persiapan karate, silat ke Sukan SEA. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Vietnam 2021, Datuk Hamidin Mohd Amin mahu persiapan pasukan karate dan silat diberikan keutamaan tinggi sebelum temasya edisi ke-31 itu membuka tirainya di Hanoi bermula November ini. "Berdasarkan rekod lalu, karate dan silat tidak pernah gagal menyumbang pingat emas kepada kontinjen Malaysia di temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), maka persiapan pasukan karate dan silat mesti diberi keutamaan yang tinggi," kata Hamidin selepas mengadakan perbincangan dengan lima badan sukan hari ini. Pada temasya dua tahun lalu di Filipina, pasukan karate menyumbang empat emas dan empat perak untuk berada di tangga pertama keseluruhan manakala silat meraih dua emas dan dua gangsa (tiga keseluruhan). Kedudukan diraih karate di Filipina itu sekali gus mempertahankan gelaran ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang menyaksikan Malaysia meraih tujuh emas, dua perak dan empat gangsa.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Silat, Kontijen, Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 02 Jul 2021 08:31 |
Last Modified: | 02 Jul 2021 08:31 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |