Silat kebangsaan 'bertapa' di Sungkai hadapi Sukan SEA

Silat kebangsaan 'bertapa' di Sungkai hadapi Sukan SEA. [Newspaper] (2020)



Abstract

KUALA LUMPUR: Skuad pencak silat kebangsaan akan menjalani latihan intensif kira-kira dua bulan di Sungkai, Perak bermula 3 Ogos ini sebagai persediaan menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa tahun hadapan termasuk Sukan SEA ke-31 di Vietnam. Setiausaha agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata latihan intensif itu bagi menyesuaikan skuad negara dengan beberapa peraturan baharu sukan berkenaan yang dijangka mula digunakan pada edisi ke-20 Kejuaraan Pencak Silat Dunia di Kuching pada Julai 2021. "Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail serta Jefri Ngadirin (Pengarah Bahagian Atlet MSN), yang memahami kehendak PESAKA untuk mengadakan latihan di luar (Lembah Klang). "Bukan kerana kita tidak yakin dengan latihan di Bukit Jalil tetapi mengambil kira penggunaan peraturan baharu ini, ia satu perkara yang cukup sukar.

Item Type: Newspaper
Keywords: Silat, Sukan SEA, Training, Sports Law
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Jul 2021 09:02
Last Modified: 02 Jul 2021 09:02
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item