Filem Geran kini 'mendunia'

Filem Geran kini 'mendunia'. [Newspaper] (2021)



Abstract

Ditayangkan pada 10 Oktober 2019 di pawagam tanah air, siapa menyangka sesudah hampir dua tahun berlalu filem Geran arahan Areel Abu Bakar masih menjadi perhatian ramai. Bukan di Malaysia, tapi filem bergenre aksi yang mengangkat tema seni mempertahankan diri Melayu iaitu silat ini menjadi tarikan penonton asing di luar negara. Jadi, boleh dikatakan filem Geran kini semakin 'mendunia'. Pernah meraih Anugerah Daniel A Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) pada tahun lalu, ia diakui Areel satu kejayaan yang tidak pernah diduga mahupun difikirkannya. Namun, itu yang dikatakan rezeki. Tidak hanya kejayaan itu, filem Geran juga mencatat pencapaian luar biasa apabila disenaraikan dalam laman web Asian Movie Pulse sebagai 20 filem terbaik Asia Tenggara pada tahun lalu, sekali gus bersaing dengan filem dari Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan. Malah, karya seni negara yang hebat ini juga terlebih dahulu berjaya berada di tangga ketiga dalam senarai 10 filem terbaik seni bela diri di Asia pada tahun lalu di samping Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Item Type: Newspaper
Keywords: Silat, Filem, Cultural & Heritage
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Jul 2021 09:10
Last Modified: 02 Jul 2021 09:10
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item