Belajar silat untuk tingkat keyakinan diri

Belajar silat untuk tingkat keyakinan diri. [Newspaper] (2020)



Abstract

Kuala Lumpur: "Pada awalnya keluarga tidak menggalakkan saya belajar silat kerana menganggap ia aktiviti yang agak ganas bagi seorang wanita," kata ahli Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Sarah Afiqah Mohd Fadzil. Sarah Afiqah, 22, yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Farmaseutikal) UMP berkata, kini dia sudah lebih empat tahun mempelajari seni mempertahankan diri itu. "Memang pada awalnya keluarga menentang namun apabila saya terangkan tujuan mempelajari ilmu mempertahankan diri ini, mereka akhirnya faham dan sentiasa memberi sokongan. "Saya mempelajari ilmu silat ini bukan hanya bermatlamat untuk mempertahankan diri tetapi juga mahu memelihara maruah dan meningkatkan keyakinan diri," katanya. Anak kelima daripada enam beradik itu berkata, dia masih lagi di peringkat awal pembelajaran pada tahap bengkung Pelangi Hijau iaitu tahap tiga dalam seni silat gayong.

Item Type: Newspaper
Keywords: Silat, Combat Sports, Silat gayong, Malay Sports, Mental Health
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Health & Fitness
By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Jul 2021 09:22
Last Modified: 02 Jul 2021 09:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item