Inap desa Kundasang makin tenat. [Newspaper] (2021)
Abstract
KOTA KINABALU: Pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 memberi kesan yang cukup besar kepada sektor pelancongan, begitu juga pengusaha industri homestay atau inap desa di Kundasang, dekat sini yang memandangnya dengan penuh gundah-gulana. Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Kundasang, Japiril Suhaimin berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda, industri inap desa di kawasan tumpuan pelancongan itu sangat terjejas. Pengusaha Kundasang Guesthouse itu berkata, ketika aktiviti rentas daerah mengikut zon dibenarkan, sekurang-kurangnya pihaknya masih menerima kira-kira 30 peratus tempahan. Bagaimanapun, jelasnya, apabila PKP dilaksanakan semula, pendapatan mereka kembali sifar kerana aktiviti pelancongan tidak dibenarkan sama sekali.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Tourism crisis, Homestay, Aktiviti pelancongan, Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 12 Jul 2021 04:49 |
Last Modified: | 12 Jul 2021 04:49 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |