Insta worthy jadi produk baharu pelancongan. [Newspaper] (2021)
Abstract
KITA kini dalam fasa pemulihan serangan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu menyebabkan sektor pelancongan terjejas akibat penurunan jumlah pelawat dari dalam dan luar negara. Bagi merancakkan dan menggalakkan pelancongan setempat di daerah masing-masing, inisiatif yang mampu menarik pelancong perlu dibuat seperti mempromosikan premis yang menyediakan ruang atau reka bentuk dalaman yang memenuhi ciri-ciri menarik atau insta worthy (berbaloi untuk perkongsian dalam Instagram). Tidak dinafikan, media sosial seperti Instagram menjadi gaya hidup masa kini merentasi usia dan bangsa. Lantas, memberi impak luar biasa kepada banyak sektor termasuk pelancongan. Tinjauan oleh badan penyelidikan, One Survey mendapati, 40 peratus pengguna di bawah umur 30 tahun mengutamakan instagrammability dari sudut potensi destinasi ketika membuat penempahan mereka. Aplikasi Instagram kini mempunyai lebih satu bilion pengguna bulanan yang aktif menyiarkan lebih 100 juta foto setiap hari Sebahagian besar daripadanya berkaitan perjalanan dan pelancongan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Domestic tourism, Homestay, Insta worthy, Pelancongan setempat, Media sosial |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 12 Jul 2021 05:19 |
Last Modified: | 12 Jul 2021 05:19 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |